Komponen Peti Sejuk Rumah


[]p[]
1. Pemampat (jenis salingan tertutup) / Reciprocating hermetic.

- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).


2. Penyejat / Evaporator.
- Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk.


- Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.

- Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.

- Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.


3. Pemasa Nyahfros / Defrost Timer.

- Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

- Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.

- Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.

- Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.


4. Kapasitor / Capacitor.

- Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh.


- Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.


5. Pelindung Beban Lampau / Overload Protector.

- Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat. 


- Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal.

- Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


6. Geganti / Relay.

- Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.


- Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


Komponen-komponen no.7 sehingga no.12 adalah seperti di bawah ini :

7. Pemeluwap / Condensor.


















- Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
- Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.

- Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.

- Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.

- Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.


















8. Penyaring / Strainer.













- Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.


- Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

- Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.

9. Tiub Kapilari / Capillary Tube.

















- Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.


- Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang. 

- Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.

- Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan. 

- Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.

















10. Pelaras Suhu / Thermostat.

- Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.


- Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.

- Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.









11.Pemanas nyahfros / Defrost Heater.

- Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.


- Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).

- Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.

- Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.

- Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.



12.Kipas / Fan @ Blower.

- Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.

- Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.

- Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.


- Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.

Membaiki Kerosakan Pada Komponen Peti Sejuk

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya  : -

i) Tiada bekalan elektrik daripada pusat (TNB).
ii) Fius utama terputus/trip.
iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.

Jika tidak berlaku kerosakan pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap bermasalah, lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang lainnya seperti : -

a. Penyejat;                    g.Pelindung Beban Lampau;
b. Pemeluwap;               h. Geganti;
c. Pemampat;                 i. Kapasitor;
d. Penyaring;                 j. Kipas;
e. Pelaras suhu;             k. Pemanas;
f. Pengawal masa;

A. PENYEJAT (EVAPORATOR).

Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau tertusuk benda tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain ketika mencungkil bongkah ais batu.

Antara jenis-jenis penyejat ialah :-




1. Gelung bersirip @ Modern Evaporator Concealed.





2. “Serpentine Plate” @ Chill-Tube Evaporator.       






3. Kelompang @ Chill Plate Freezer Box.



- Penyejat jenis gelung bersirip.













- Penyejat jenis plat lingkaran @ 'serpentine plate'.

- Penyejat jenis kelompang.

Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.

Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-
1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.
2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”. 
3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit mengelilingi permukaan penyejat.
4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.


B. PEMELUWAP (CONDENSER).
Pemeluwap boleh mengalami kebocoran akibat keadaan paip yang haus kerana berkarat atau kerana penyambungan yang kurang sempurna.
Jenis pemeluwap di belakang peti sejuk.


Ketika peti sejuk dalam keadaan ON, apabila disentuh pemeluwap itu ia terasa sejuk.


Terdapat minyak atau terasa licin ditelapak tangan ketika disentuh.
Mula-mula perhatikan keadaan paip dan penyambungannya. Jika kurang baik, lakukan kimpalan pada penyambungan antara paip. 


Untuk memudahkan lagi, sapukan seluruh permukaan paip pemeluwap dengan buih sabun kemudian hidupkan unit. 

Perhati dan tandakan kedudukan hembusan udara yang keluar dari paip. Hembusan udara tersebut menandakan terdapat kebocoran pada paip.

Gantikan dengan pemeluwap yang baru jika terdapat banyak lubang termasuk bahagian yang banyak karat.

Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.

Sukar sebenarnya untuk melakukan pemeriksaan kebocoran pada pemeluwap jenis ini kerana sebahagian besar paip / tiubnya tersimpan dalam badan peti sejuk. 


Biasanya paip / tiub yang kelihatan sahaja yang akan dibaiki sekiranya berlaku sebarang masalah.

Jika pemeluwap yang terletak di dalam badan peti sejuk mengalami simptom yang sama seperti pemeluwap di luar badan peti sejuk, ia boleh dilakukan dengan menggantikan dengan pemeluwap yang baru.


Pemeluwap ini dipasang di bahagian belakang peti sejuk dan biarkan saja pemeluwap yang lama (di dalam peti sejuk).





- Tiub pemeluwap yang berada di dalam badan peti sejuk ini tadi ada kalanya ia dilingkarkan di bawah dulang tadahan air bertujuan untuk menyejat air yang bertakung di dalam dulang akibat daripada haba panas daripada gelungan pemeluwap ini.

  
  
  
  
  



  - Pemeluwap jenis gegelung bersirip yang terdapat pada "display chiller".
  

  
  
  
  
  






C. PEMAMPAT (COMPRESSOR).
- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Untuk mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui keupayaan unit sama ada dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di pemampat.

- Kehilangan tenaga (loss power) pada pemampat boleh dikesan dengan melakukan pembaikan seperti berikut :-

1. Keluarkan pemampat daripada sistem dengan mencabut/memotong paip penyedut dan paip luahan pada pemampat.

2. Hidupkan pemampat dan tutup paip pemampat pada 2 paip yang besar saiznya daripada 3 paip (sedutan) dengan jari. Rasakan sedutan pada jari. Jika ianya menyedut dengan kuat, maka injap pemampat berada dalam keadaan baik.


3. Kemudian tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan jari. Rasakan tekanan pada jari.
4. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan berbunyi letusan akibat tekanan yang kuat.
5. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada pemampat sudah rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat kemudian mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku bocor, body contact atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap tidak menjamin pemampat akan bertahan dengan lebih lama.
- Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.
 Selain daripada membuat ujian mekanikal ke atas pemampat, ujian elektrikal juga amat penting iaitu :
a. ujian intangan penebatan ( insulation resistance ) dengan menggunakan Megger Ohm meter.
b. ujian pembumian (earth leaking test) dengan menggunakan Multimeter.

D. PENYARING (STRAINER).Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk. Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

- Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh. Penyaring yang baik akan terasa  suam panas semasa disentuh.
- Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan yang sangat kritikal bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di kawasan penyaring.
- Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan yang baru.

E. PELARAS SUHU (THERMOSTAT).
- Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja pemampat. 
- Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-
   i) Pemampat bekerja tanpa henti.
   ii) Pemampat tidak berputar.

i) Pemampat bekerja tanpa henti.Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat. Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan termostat kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat. Akibatnya termostat gagal menghentikan operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap yang maksima. Ia akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat. Pada ketika ini termostat perlulah ditukar dengan yang baru.


 ii) Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem elektrik terlebih dahulu. 
Apabila tiada masalah pada sistem elektrik, lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara :-
- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’ termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak. - Jika sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer’.

F. PELARAS MASA (TIMER).

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas. Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah. Ciri - ciri timer yang rosak :- 
- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau tercium bau hangit.
- Tuas gigi roda dan batang timer rosak. 
Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan yang baru.

G. PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD PROTECTOR).
Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat. Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


H. GEGANTI (RELAY).

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat. 
Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


I. KAPASITOR (CAPASITOR). 
Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya rosak ia akan melambatkan putaran pemampat. Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang pada kipas. Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar. Ianya mesti ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.






J. KIPAS (FAN).
- Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.
- Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.
Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak :
- Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.
-Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.
Kipas yang rosak disebabkan :
- Daun kipas diselaputi frost (ais).
- Gegelung kipas terbakar.
- Tiada bekalan elektrik daripada timer.

K. PEMANAS (HEATER).
- Pemanas @ heater bekerja secara bergantian dengan pemampat yang dikendali oleh timer. 
Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :
- Terdapat penimbunan frost di penyejat;
- Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);
- Pemanas putus.
- Pemanas tidak boleh dibaiki. Jika rosak, ianya mestilah diganti dengan yang baru.