Kos & Upah Cat Rumah Luar Dan Dalam
Di sini kami akan berikan maklumat mengenai bagaimana untuk mengetahui kos dan upah cat rumah.
Kebiasaannya, kos upah cat rumah adalah berlainan bergantung kepada banyak faktor yang perlu di ambil kira.
- Tekstur dinding (papan atau batu).
- Warna asal dinding.
- Warna yang ingin di cat.
- Menanggalkan wallpaper.
- Jumlah warna yang mahu digunakan.
- Menutup lubang kecil atau rekahan di dinding.
- Jenis pintu yang ada.
- Permukaan siling.
- Ketinggian siling.
- Keluasan kaki persegi.
- Kerja-kerja memindahkan barang.
Kos Upah Cat Dalam Rumah
Kos upah cat dalam rumah tidak termasuk sekali dengan harga cat, barang-barang untuk cat dan sebagainya. Ia hanya harga upah untuk mengecat SATU WARNA sahaja. Di bawah ini adalah senarai harga yang boleh jadi rujukan untuk anda.
Kos Cat Dalam Rumah | Upah Sahaja |
---|---|
Mula Dari | |
Flat | RM900 |
Apartment | RM1,500 |
Kondominium | RM1,600 |
Teres Setingkat | RM1,500 |
Teres Dua Tingkat | RM2,500 |
Kos Cat Luar Rumah
Seperti kos cat dalam rumah, kos cat luar rumah hanyalah kos upah mengecat sahaja. Tak termasuk kos-kos lain yang berkaitan. Jika rumah flat, apartment mahupun teres dua tingkat / banglo. Harga adalah bergantung kepada yang boleh di cat. Di bawah ini adalah kos upah mengecat untuk rujukan anda bagi SATU WARNA sahaja.
Kos Cat Luar Rumah | Upah Sahaja |
---|---|
Mula Dari | |
Flat | RM900 |
Apartment | RM1,500 |
Kondominium | RM1,600 |
Teres Setingkat | RM1,300 |
Teres Dua Tingkat | RM2,000 |
Kos Upah Cat Luar Dan Dalam Rumah
Bagi yang mengambil servis mengecat satu rumah. Anda mampu menjimatkan banyak kos. Di sini adalah kos upah untuk mengecat sebuah rumah luar dan dalam.
Kos Cat Dalam Rumah | Upah Sahaja |
---|---|
Mula Dari | |
Flat | |
Apartment | |
Kondominium | |
Teres Setingkat | RM3,000 |
Teres Dua Tingkat | RM3,800 |
Kos Upah Cat Rumah Kampung.
Jika rumah anda adalah rumah kampung atau rumah berdinding papan. Kos upah mengecat adalah berlainan berdasarkan jenis dinding dan sebagainya.
Harga biasa adalah bermula dari RM2,000 bagi sebuah rumah.
Kos Upah Cat Bilik / Ruang Tamu
Bagi kos upah cat bilik atau ruang tamu, upah cat adalah bergantung kepada jumlah warna yang di gunakan.
- 1 Warna = RM200
- 2 Warna = RM250
- 3 Warna = RM280
- 4 Warna = RM300
No comments:
Post a Comment