1- Untuk memilih penghawa dingin yang tepat untuk kediaman, anda boleh menggunakan formula mudah ini.
2- Adalah penting untuk memilih sistem penyejukan udara yang betul. Memasang saiz yang salah akan meningkatkan penggunaan elektrik dan akhirnya meningkatkan bil elektrik anda!
Langkah 1
Kira Isipadu Bilik iaitu panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) = V ft³
Langkah 2
Darabkan isipadu ini dengan 6
C1 = V x 6
Langkah 3
Anggarkan jumlah orang (P) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.
C2 = P x 500 BTU/jam
Langkah 4
Jumlahkan kedua-dua nilai = C1 + C2 = C (BTU/jam)
Nilai C adalah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk ruang/bilik yang telah anda kira diatas. Selepas anda memperolehi nilai ini, anda bolehlah mencari penyaman udara yang mempunyai kapasiti pendinginan paling hampir.
Satu lagi istilah yang biasa digunakan oleh penjual ialah HP (horse power). Mereka mungkin akan mengesyorkan kepada anda 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan sebagainya apabila anda ingin membeli penyaman udara. Namun HP bukanlah ukuran yang tepat untuk menganggarkan kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik anda. HP hanya merujuk kepada kuasa pemampat pada unit penyaman udara.
Size of Air-Cond ( Cara Mudah )
1.0hp - 9k -10k btu/jam1.5hp - 13k - 15k btu/jam
2.0hp - 18k - 19k btu/jam
2.5hp - 21k - 22k btu/jam