Apa yang menentukan bayaran untuk perkhidmatan paip:
1) Jenis bahan pengganti: “Bahan bermutu tinggi lebih mahal daripada bahan jenis kelas rendah, kerana ianya tahan lebih lama. Contohnya, paip PVC berharga antara RM20 – RM50, sementara untuk paip besi / besi standard dijangka dalam kos antara RM50 – RM200 ”.
“Tukang paip yang berpengalaman biasanya akan memberi pilihan kepada pelanggan mereka sebelum membuat pemasangan. Tetapi ini juga bergantung pada ketersediaan bahan dan alat ganti juga.
2) Kerumitan pekerjaan: Membaiki sinki yang tersumbat tidaklah rumit dan tidak memakan masa seperti memperbaiki saluran air yang tersumbat atau paip pecah. Beberapa pekerjaan pemasangan paip juga memerlukan peralatan khas dan tenaga kerja tambahan untuk menyelesaikan pekerjaan tersebut.
3) Lokasi: Kebiasaannya, jika tukang paip tinggal berdekatan dengan tempat tinggal anda, dia mungkin tidak akan mengenakan bayaran pengangkutan untuk anda, tetapi jika jaraknya lebih jauh, maka ia akan menambahkan kos bil anda.
Ini bermaksud jika tukang paip dari Cheras pergi ke tempat anda di Cyberjaya tetapi akhirnya tidak membuat sebarang perkhidmatan, dia mungkin akan tetap mengenakan bayaran untuk pengangkutan dan pemeriksaan.
Anda boleh melampirkan gambar atau video di whatsapp bg memudahkan kerja.
4) Kos upah: “Harganya bergantung pada jenis pekerjaan, beberapa pekerjaan biasa serendah RM70, sementara pekerjaan yang lebih rumit mungkin akan mengenakan caj melebihi RM200".
Setiap pekerjaan berbeza, tetapi secara amnya, harga purata untuk perkhidmatan perpaipan disenaraikan di bawah:
Kos pembaikan kebocoran air:
RM100 – RM400
Pemasangan / pembaikan pemanas air:
RM100 – RM200
Kos membaiki tandas / sinki tersumbat :
RM100 – RM500
Kos membaiki saliran tersumbat:
RM100 – RM500
Isu tekanan air rendah:
RM100 – RM500
Harga pembaikan kebocoran pada bumbung:
RM100 dan ke atas
* Harga di atas tidak melibatkan penggerudian dan penggalian kompleks pada dinding atau lantai, yang melibatkan paip-paip di dinding dan saliran bawah tanah. Jadi, bergantung pada jenis dan pekerjaan, harganya berbeza-beza.
No comments:
Post a Comment