Cara Mengira Kos Bil Elektrik Aircond Anda

Berapakah kos bil elektrik anda ?
Sekiranya penghawa dingin anda berkuasa 2.5 HP, digunakan selama 5 jam setiap hari, maka kos bil elektrik anda (kos maksimum) untuk penghawa dingin dalam sebulan ialah

         Bil Elektrik untuk
        penghawa dingin  = Kuasa Penghawa Dingin x 0.746 x Bil Jam x Bil Hari x Kadar Harga
            dalam sebulan  = 2.5 x 0.746 x 5 x 30 x 0.34
                                       =RM 95.11

 Nota:
1HP = 0.746 kiloWatt
1 kiloWattJam = RM0.34 (Berubah2)



Kaedah 1 – Kaedah HP

HP x 0.746 kWj x kadar elektrik  x jumlah jam digunakan sehari.



Kaedah 2 – Kuasa Penyaman Udara Dalam Watt

Contoh kuasa pemampat ialah 950 Watt. Tukar kepada kWj.

950/1000 = 0.95 kWj

0.95 x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.

Kedua – dua kaedah diatas adalah anggaran kos untuk sehari sahaja. Bagi mendapatkan kos sebulan anda perlulah darab 30 hari. Sila rujuk kepada jadual tariff untuk mendapatkan kadar elektrik yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat perbezaan tariff antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.(Boleh tgk tariif elektrik dekat bil elektrik anda).