SERVIS AIRCOND


KENAPA PERLU SERVIS AIRCOND?


Rupanya masih rami yang belum tahu
SEBAB aircond mereka perlu diservis,
Dan
AKIBAT jika aircond mereka tidak di servis!!






SERVIS AIRCOND HOTLINE : 017-8823375


1. MENJMATKAN BIL ELEKTRIK

Jangan terkejut jika bil elektrik anda lebih tinggi dari kebiasaan.

Salah satu puncanya mungkin disebabkan aircond yg dibiarkan tnpa penyelenggaraan yg betul.

Perkara ini terjadi kerana, apabila habuk terlalu banyak berkumpul, aircond menggunakan lebih tenaga untuk menggerakkannya.
Inilah yang mempengaruhi penggunaan elektrik anda.




SERVIS AIRCOND HOTLINE : 017-8823375


2. MENGELAKKAN KEBOCORAN

Sedang anda tidur lena bersama keluarga, tiba-tiba air menitis dari aircond sampai basah cadar dan bantal!

Aircond yang tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan salutran air tersumbat dengan lumut dan habuk.

Apabila sudah terlalu kotor, aircond berada pada tahap sumbat yang terlalu kritikal dan sangat perlu di servis!



SERVIS AIRCOND HOTLINE : 017-8823375


3. MEMANJANGKAN JANGKAHAYAT

Aircond yang diselenggara dengan baik mengikut jadual atau tempoh yang ditetapkan akan lebih tahan lama.

Inilah rahsia aircond masih elok walaupun sudah bertahun-tahun digunakan.



SERVIS AIRCOND HOTLINE : 017-8823375


4. SUPAYA UDARA BERSIH DAN NYAMAN

Untuk mendapatkan udara yang bersih, aircond hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

Ini kerana, jika aircond terlalu kotor, ia akan menyebabkan keluar habuk2 kecil ke dalam udara yang dihrup oleh anak-anak.

Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan salah satu punca anak kerap demam.

REFRIGERANT

Refrigerant R32 gas Mesra Alam 2017


R32

Kemunculan gas ini telah lama dan telah pun digunakan zaman dahulu lagi utk certain unit pendingin dan penyejukbeku tapi ianya tidak dikomersilkan kerana terdapat perjanjian kontrak jualan dgn syarikat di Eropah untuk menjual gas jenis R22 untuk aircond rumah dan kemudian selepas habis kontrak R22 disambung dgn R410a pula selama beberapa tahun. Kini kontrak R410a sudah tamat dan sudah diperkenalkan semula gas R32 untuk kegunaan rumah dan kilang.

Walau bagaimanapun R22 dan R410a masih dijual tapi dihadkan utk setiap keluaran dlm masa tertentu. sedikit demi sedikit akan dikurangkan sehingga tahun 2030 akan ditamatkan terus dari dijual. Bagi yg masih guna aircon lama anda digalakkan tukarlah ke aircon gas R410a atau R32.

Beberapa jenama yg dikenalpasti telah mngeluarkan model jenis R32 iaitu Panasonic dan Daikin.

The new R32 panasonic non inverter. Sangat cantik.

Daikin Smile model R32 inverter

Dikatakan kontrak gas R32 ini dari 2017 hingga 2030 oleh European Regulation CE517/2014.

Kebaikan R32


  • ODP Sifar ( ozone depletion percentage)
  • Satu pertiga daripada komposisi R-410A.
  • Tidak perlu kuantiti yg banyak dalam unit aircon kerana ia mempunyai keupayaan volumetrik 20% lebih tinggi (memenuhi ruang) dan ketumpatan yg rendah
  • Tekanan tepu yang sama, dan proses penghasilan gas ini lebih mudah.
  • Suhu kritikal yang lebih tinggi dengan itu lebih cepat haba dlm bilik diserap dan cepat lagi sejuk berbanding gas2 lain.



Kelemahan R32


  • Tahap toksik sedikit lebih tinggi dan lebih berhati-hati diperlukan untuk menggunakannya berbanding gas2 lain.
  • Suhu pelepasan yang lebih tinggi akan menyebabkan minyak dalam compressor yang boleh merosakkan beberapa komponen di dalamnya. Mestilah dikawal suhu pelepasannya terhad kepada tahap yang boleh diterima.

Antara gas R410aR134a (kenderaan), R32 lebih kurang pencemaran dari segi pemanasan global (rumah hijau) berbanding gas2 tersebut. R22 pula menghakiskan ozone.

Perlu diingatkan pda tuan puan bahawa gas ini sangatlah mahal dan technician terpaksa caj mahal jika gas kurang atau terdapat kebocoran. Dari segi installation sama harga dgn inverter kerana guna piping yg tebal seperti model R410a. Tak silap saya tong kecik R32 berjisim 3kg berharga RM150 dibandingkan dgn gas2 lain RM330 setong untuk 14kg.






R32 ada yg jenis mudah terbakar dan ada yg tidak mudah terbakar dan itu semua bergantung pada kualiti gas yg technician anda beli. jadi hati2lah bila kendalikan aircon ye..


GAS R410A



R410A 

Assalamualaikum warga pengguna hawa dingin, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, disini ada berita tergempar buat semua pengguna menjelang tahun 2016. Saja nak share..hehe..

FYI, atas request dari Kementerian Pengurusan Tenaga Dan Hijau dan telah mndapat kelulusan utk pelaksanaanya, Aircond jenis R22 akan dihentikan pengeluarannya starting 2016, maka dgn ini aircond non-inverter yg mnggunakan gas tersebut tidak akan dihasilkan lagi oleh kilang pengeluar utama seperti YORK, DAIKIN, ACSON, PANASONIC, dsbnya.

Oleh kerana inverter type terlalu mahal dan setelah dibincangkan, non-inverter type telah diperkenalkan dgn menggunakan gas R410a, maka selepas ini semua aircond akan menggunakan gas yg sama.




Bagi mereka yg telah membeli dan sedang memakai jenis R22, boleh teruskan dan maintain aircond anda, tetapi lama kelamaan gas tersebut sudah tiada lagi dipasaran utk dibeli oleh technician utk servis aircond anda kelak, jadi anda juga mungkin terpksa tukar kepada R410a (mknanya tukar aircond baru lah..hehe =P).

Antara yg telah saya jumpa dan servis dirumah customer adalah seperti brand YORK (by Johnson Controls), Daikin, Panasonic, Samsung, Acson. Brand2 ini telah mngeluarkan produk terbaru mereka iaitu non-inverter by using R410a. Kini R410a tak semestinya utk inverter shja, anda jgn keliru, tanya org kedai dulu sebelum beli ok.. =)

Dari segi harga mungkin meningkat sikit dari biasa kerana jenis aircond ini menggunakan copper piping yg khas utk inverter biarpon ia non-inverter kerana piping ini tebal dan pressure utk gas yg dirunning oleh compressor sgt tinggi sama seperti inverter.

Harga yg saya ketahui setakat ini adalah brand York by Johnson Controls iaitu RM900++ utk 1 Horsepower. Installation dan pressure utk gas sama seperti inverter type ok..

Untuk menservisnya sama juga seperti inverter dan rate dari RM150-180 seunit.

Jadi kos utk maintain aircond jenis ini sama seperti inverter alang2 baik pkai inverter terus..dapat jimat elektrik biarpon harga aircond nye mahal lebih 100 to 200..hehe =D

Keputusan ditangan anda..




JENIS - JENIS GAS


1.  R22 – Sehingga sekarang masih digunakan dan sangat tahan, sejak inverter wujud, jenis ini dipanggil non-inverter. Popular digunakan utk aircond rumah, ofis dll.
2.  R32 – Digunakan pada era 90an namun sangat jarang dijumpai pada zaman ini kerana kualiti gas yg tak tahan lama juga sgt tajam yg dapat merosakkn piston compressor. (Perlu diingati sesetengah technician guna gas cap ayam atau brand china dicampur R32 dan R22 masa kini, jadi anda semua hendaklah hati2 ye..bau tengik dan bnyk minyak)
3.  R11 – Jarang digunakan dan saya tiada  bnyk pengalaman ttg gas ini =D
4.  R134a – Gas berkualiti kerana member kesejukan yg serta merta tetapi tidak tahan kestabilannya kerana akan menjadi kotor setelah beberapa kali kitaran didlm piping. Perlu dibuang semua & ditukar setiap kali servis, tidak boleh topup mcm R22. Ozone friendly. Biasa digunakan utk Peti ais , kenderaan masa kini.
5.  R410a – Gas digunapakai dlm system inverter, kerana kestabilannya dan kualiti yg mengagumkan, memanjagkan jangka hayat compressor dan ozone friendly. Memberi kesejukan serta merta. Gas yg mudah meruap dan cepat drop jika compressor jarang berfungsi (aircond lama tak on). Terkini aircond non-inverter juga ada yg dah pakai R410a seperti SHARP dan SAMSUNG.


 








Kini aircond non-inverter telah meluas digunakan di negara kita kerana kos barang dan penjagaannye yg murah. Saya pon prefer non-inverter (R22) kerana mudah dijaga.

Dari segi penggunaan tenaga, R22 dikira average berbanding inverter dan boleh jadi jimat jika anda terapkan cara2 penggunaan inverter kedalam tabiat aircond anda.